
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 🌷
Kepada semua rakan-rakan guru dan JU yang saya hormati,
Saya ingin memohon jasa baik dan sokongan daripada semua untuk mengundi seorang pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Perak, iaitu IESMA DANISH FAUZAN, yang telah berjaya melayakkan diri sebagai 100 Karya Finalis Sketch for Survival di United Kingdom (UK).
Kini, beliau sedang berusaha untuk melangkah ke TOP 10. Sokongan dan satu undian daripada anda semua amat besar maknanya buat beliau dalam membawa nama Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia Perak ke peringkat antarabangsa. ❤️
Jasa baik dan sokongan daripada semua amatlah saya hargai. Semoga dengan sedikit usaha kita bersama, impian anak didik ini untuk melangkah lebih jauh dapat direalisasikan. 🤲🏻✨
🗳️ CARA-CARA MENGUNDI:
Tekan karya pilihan anda
👉 Karya Zirafah – Iesma Danish
Masukkan nama
Masukkan email
Tekan SUBMIT
Ayuh kita bersama-sama menyokong bakat anak Malaysia!
Satu undian daripada anda, satu langkah besar buat Iesma Danish.
Terima kasih atas sokongan dan doa semua. 🙏🏻😊
