Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Makluman pengoperasian Koperasi Sekolah Seni Malaysia Perak tahun 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa/penjaga murid Sekolah Seni Malaysia Perak.

Untuk makluman tuan/puan, Koperasi Sekolah akan dibuka pada tarikh berikut:

  • 15 Februari 2025 (Sabtu) –
    10:00 pagi hingga 2:00 petang
  • 16 Februari 2025 (Ahad) –
    9:00 pagi hingga 6:00 petang
  • 17 Februari 2025 (Isnin) –
    8:30 pagi hingga 1:00 petang

Ibu bapa/penjaga yang tinggal berdekatan digalakkan untuk membeli barangan keperluan persekolahan lebih awal pada 15 Februari 2025 (Sabtu) .

Pembayaran boleh dilakukan melalui tiga kaedah iaitu tunai, QR, atau pindahan wang ke akaun koperasi sekolah.
Pastikan pembayaran dilakukan mengikut cara yang dipilih untuk kelancaran urusan serta dilakukan pada hari kejadian.

Sekian, terima kasih.


Klik pada tajuk.

PEMBELIAN KEPERLUAN & PERALATAN SEKOLAH DAN ASRAMA 2025

SENARAI SEMAK PAKAIAN DAN PERALATAN UNTUK PELAJAR ASRAMA