Perhatian buat murid Tahun Enam (6) sesi persekolahan 2024 yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia pada sesi 2025. Permohonan akan dibuka mulai 15 Julai 2024 (Isnin) sehingga 15 September 2024 (Ahad). Sila layari https://essem.moe.gov.my/ untuk memohon.
Kepada ibu bapa yang ingin tahu, Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Sekolah Seni Malaysia menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2025
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) akan diadakan kepada semua calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian.
Syarat Kemasukan SSeM
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
En. Muhammad Daneal Syawal bin Abdullah
Telefon: 03-88721625
Atau emelkan pertanyaan ke mohonssem@moe.gov.my
