header image

Tahniah dan setinggi – tinggi penghargaan buat semua calon SPM 2023 yang lulus 100% dengan GPS 2.05, peningkatan 0.47 dari tahun lalu.

Pastinya kejayaan ini begitu bermakna buat semua calon, guru dan ibu bapa yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan asbab pandemik yang melanda seluruh negara. Cabaran PKP, pembelajaran online, kelas bersemuka, tiada perjumpaan dengan ibu bapa di hujung minggu – semuanya menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Sesungguhnya kejayaan ini tidak dapat direalisasi tanpa kerjasama semua pihak murid, guru, pentadbir sekolah, AKP, PIBG, PPD Kuala Kangsar, JPN Perak, Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian (BSKK) – KPM serta semua pihak yang berkaitan.

Semoga Allah memberkati kejayaan ini dan menjadi pemangkin semangat untuk pencapaian seterusnya di masa hadapan. Bagi murid yang merasakan keputusannya tidak cemerlang, janganlah bersedih atau berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.

Ini adalah kejayaan kita bersama. Terima kasih semua. Alhamdulillah.

1 thought on “Keputusan SPM 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *