SEMARAK

Lahirnya warisan budaya
Pewaris seni ibu pertiwi
Tanpa mengira agama dan bangsa
Sepakat menggapai visi dan misi

#1
Semarak bersama berganding bahu
Menuntut ilmu kewajipan kita
Menjadi harapan ayah dan bonda
Mengejar cita-cita yang dituju

#2
Seni tari gemalai geraknya
Alunan muzik merdu bergema
Ekspresi lakonan yang berjiwa
Sehalus lukisan indah berona

Ulang #2
Sekolah Seni Malaysia Perak
Terus maju mara ke hadapan
Cipta sejarah di persada dunia

*Semarak pewaris budaya bangsa (3x)