PIAGAM SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK

Kami, warga Sekolah Seni Malaysia Perak, dengan penuh rasa tanggungjawab berusaha untuk memastikan perkara-perkara berikut dipenuhi:

  1. Menyediakan prasarana pendidikan dan persekolahan yang mencukupi, sempurna, berkualiti dan selesa kepada semua pelajar dalam proses pegajaran dan pembelajaran,
  2. Sentiasa peka dan bertindak sewajarnya ke atas kehendak pelajar, ibu bapa, penjaga, anggota masyarakat dan pelanggan lain dalam konteks perhubungan awam,
  3. Menyertai, memupuk dan memperkembang potensi diri pelajar di dalam dan di luar bilik darjah yang dapat menyumbang ke arah memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja yang bersesuaian di samping dapat berdikari,
  4. Memberikan bimbingan dalam persediaan hala tuju masa depan pelajar ke arah penghayatan budaya ilmu sepanjang usia, kecintaan kepada sekolah dan berakauntabiliti,
  5. Memberikan dan menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan, cekap dan cepat di samping bersedia memperbaiki kelemahan dan menerima teguran dari semasa ke semasa.

FALSAFAH SEKOLAH SENI MALAYSIA
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik.Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

VISI SEKOLAH SENI MALAYSIA
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

MISI SEKOLAH SENI MALAYSIA

  • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian dikalangan murid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

MOTO SEKOLAH
CEKAP, CEPAT & BERINTEGRITI

SLOGAN SEKOLAH
WE ARE THE BEST