
Sekolah yang menjadi mercu tanda bagi Kampung Baru Simpang Jalong Sungai Siput (U) ini dibuka pada tanggal 2 Januari 2001. Sekolah ini didirikan di kawasan bekas ladang getah milik Guthrie iaitu di sebahagian 16221 seluas 6.2 hektar. Pada awal pembukaan sesi persekolahan tahun 2001 sekolah ini yang dikenali sebagai SMK Muhibbah mempunyai 11 orang guru dengan jumlah pelajarnya pula ialah seramai 166 orang yang belajar di Tingkatan Satu. Sekolah yang tersergam indah ini telah mengeluarkan calon sulung PMR pada tahun 2003 dan calon sulung SPM pula pada tahun 2005.
Mulai bulan Ogos 2004, sekolah ini dilengkapi juga dengan kemudahan sebuah asrama harian yang boleh menempatkan kapasiti penghuni seramai 300 orang murid. Asrama ini menyediakan dua blok bangunan asrama 3 tingkat, sebuah dewan makan, sebuah surau dan sebuah pondok pengawal. Pada awal pembukaan asrama ini, jumlah penghuninya ialah seramai 100 orang dan kini pada tahun 2023, jumlah pelajar yang tinggal di asrama sekolah ini ialah seramai 268 orang murid dengan diawasi oleh 7 orang warden dan 2 orang penyelia asrama.
SMK Muhibbah menyediakan 6 blok bangunan yang dilengkapi dengan 18 bilik darjah, 6 makmal sains, makmal komputer, makmal matematik, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, pusat sumber sekolah, ruang serbaguna, pejabat, kantin, bilik rawatan, kelas pendidikan integrasi, kedai koperasi, surau, dataran perhimpunan, 3 gelanggang permainan dan sebuah padang sekolah.
Barisan Pengetua SMK Muhibbah
Allahyarham Mohd Azam bin Mahmud (2001 – 2004)
Puan Hajah Puziah Bt Zakaria (2004 – 2006)
Puan Saniyah binti Abas (2006 – 2011)
Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain (2011 – 2013)
Encik Ibrahim bin Mat Diah (2013 – 2014)
Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd. Murad (2015 – 2016)
Puan Hajah Fadhilah Binti Hawary (16 November 2016 – 30 September 2019)
Barisan Pengetua Sekolah Seni Malaysia Perak
Pn. Zuraini Binti Abdullah (5 Oktober 2020 – 3 Mei 2024)
Tuan Haji Anuar Binti Mamat (6 Mei 2024 – kini)
Mulai sesi persekolahan tahun 2016, SMK Muhibbah telah menerima murid sulung Tingkatan 1 Program Pendidikan Kesenian seramai 51 orang murid terpilih untuk mengikuti kelas di dalam 4 bidang kesenani iaitu Seni Muzik, Seni Visual, Seni Tari dan Seni Teater. Seterusnya pada 18 Mac 2021, SMK Muhibbah secara rasmi telah menjadi Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) bagi Zon Utara.
Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran kesenian beberapa buah kelas dan bilik-bilik khas telah diubahsuai menjadi studio kesenian. Sehingga kini Sekolah Seni Malaysia Perak mempunyai 3 buah studio teater, 5 buah studio tari, 4 buah studio muzik dan 5 buah studio seni visual.
