السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Seni Malaysia Perak

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Team Korporat Sekolah Seni Malaysia Perak kerana telah berjaya mengadakan website ini. Sesungguhnya, website ini sebagai medium hebahan kepada orang luar mengenai sekolah ini.

Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM dan bidang kesenian agar murid mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Pembudayaan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penandarasan kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang cekap dan berkesan adalah Kemenjadian Murid.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Seni Malaysia Perak sebagai salah sebuah Sekolah Seni Malaysia yang akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga sekolah harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah.

Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Tuan Haji Anuar bin Mamat, AMP
Pengetua Cemerlang
Sekolah Seni Malaysia Perak