Perhatian buat murid Tahun Enam (6) sesi persekolahan 2026 yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia pada sesi 2027. Permohonan akan dibuka mulai 30 Jun 2026 (Selasa) sehingga 30 Ogos 2026 (Ahad). Sila layari https://essem.moe.gov.my/ untuk memohon.

Kepada ibu bapa yang ingin tahu, Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Sekolah Seni Malaysia menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2027

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) akan diadakan kepada semua calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian.

Syarat Kemasukan SSeM

  1. Lulus Uji Bakat
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
  6. Pengambilan adalah ke Tingkatan 1 sahaja
  7. Tiada pengambilan ke Tingkatan 2 hingga 5

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
Dr. Mohd Azly bin Zakaria
Telefon : 03-88841012
Atau emelkan pertanyaan ke mohonssem@moe.gov.my